Lepasan KKTM Masjid Tanah buruan majikan

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER LIMAU 7 Julai – Kebolehpasaran graduan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Masjid Tanah di Paya Lebar, Lubok Cina di sini, mencapai tahap 98 peratus, antara yang tertinggi di negeri ini.

Pengarahnya, Shabudin Said berkata, program pengajian peringkat diploma ditawarkan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) itu adalah relevan dengan permintaan semasa industri.

Katanya antara program ditawarkan adalah Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Polimer Komposit, Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Seramik, Teknologi Kejuruteraan Pemprosesan Plastik, Teknologi Kejuruteraan Automatif dan Industri Pembuatan Komposit Aeroangkasa.

“Antara syarat utama kemasukan ialah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan tiga kepujian dalam subjek Matematik, mana-mana satu subjek mengikut Kumpulan Sains/Kumpulan Vokasional dan Teknologi/Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV)/Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPV).

“Selain itu, calon juga harus lulus subjek Bahasa Inggeris dan mana-mana satu subjek yang lain, katanya ketika ditemui pada Karnival Kerjaya Anak Muda DUN Ayer Limau di Dewan Tan Sri Abu Seman, Masjid Tanah, 3 Julai lalu.

Menurutnya bagi kemasukan Diploma Industri Pembuatan Komposit Aeroangkasa, calon harus lulus SPM dengan dua kepujian dalam sebarang subjek dan lulus Matematik, Bahasa Inggeris dan ujian pengecaman warna.

Beliau berkata, KKTM menyediakan elaun dan yuran pengajian untuk pelajar yang layak dan sebarang maklumat lanjut mereka berminat boleh melayari www.masjidtanah.kktm.edu.my.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3276
Kongsi :
Previous post Lebih 600 peserta berenang di Pantai Puteri
Next post Padang rumput sintetik lonjak pembangunan bola sepak
Ubah saiz-+=