
Lepas jumpa Anwar, jumpa Mat Sabu pula…
SUNGAI UDANG 8 Okt – “Tiada sebarang tawaran,” itu komen bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengesahkan gambar tularnya bertemu Presiden Amanah, Mohamad Sabu, di sini, malam tadi sama ada wujud sebarang perbincangan antara dirinya dan parti Amanah.
Menerusi gambar berkenaan, Idris dilihat duduk bersama Mohamad dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.
Idris berkata, pertemuan itu sekadar perjumpaan biasa tanpa sebarang tawaran dibuat membabitkan penyertaan parti.
“Dia (Mohamad) ucap tahniah dan (minta) teruskan perjuangan mencegah kemungkaran dan membina kesejahteraan rakyat,” katanya.
Semalam, media melaporkan bekas ketua menteri itu bersama tiga lagi bekas ADUN yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, ni bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di negeri ini baru-baru ini.
Keempat-empat bekas wakil rakyat itu bagaimanapun tidak membincangkan mengenai tawaran parti sebaliknya hanya duduk minum bersama sebagaimana dilaporkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA MAHU TAMBAH KAWASAN REHAT ‘ABANG RIDER’
BANDA HILIR 15 Mac - Kerajaan Negeri akan menyediakan lebih banyak tempat rehat bagi mereka yang terlibat dalam sektor P-Hailing...
LEBIH 1,500 IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 15 Mac - Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...