
Lepak sampai ke balai
ALOR GAJAH 22 Jun – Padah berkumpul beramai- ramai, seramai 42 individu termasuk empat wanita ditahan selepas didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Jalan Autocity, di sini, semalam.
Kesemua mereka ditahan antara jam 3 hingga 3.30 pagi selepas didapati melepak di kawasan terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kesemua mereka itu ditahan sepasukan polis dari JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bersama Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Alor Gajah dalam Op Samseng Jalanan dan PKPP.
Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 33 tahun itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk tindakan lanjut.
“Pasukan polis yang menjalankan operasi ternampak sekumpulan lelaki dan perempuan sedang berkumpul berhampiran beberapa buah kereta.
“Ketika ditanya tujuan ke situ, mereka memberi alasan melepak sambil berbual- bual,” katanya.
Hasan Basri berkata, selain mengeluarkan 28 saman atas kesalahan trafik pihaknya turut menyita dua buah kereta.
“Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...