
Lengkap dua dos vaksin: Pasangan jarak jauh, ibu bapa jumpa anak dibenar rentas negeri
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran itu diberikan bermula Selasa (10 Ogos) dengan mereka hanya perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi kepada petugas keselamatan.
Selain itu beliau turut memberi kelonggaran sama kepada ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.
Individu lengkap vaksinasi itu bagaimanapun perlu memenuhi kriteria melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua bagi vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, dan melepasi 28 hari bagi vaksin jenis Johnson&Johnson dan CanSino.
Beliau berkata demikian dalam pengumuman khas kebenaran individu lengkap dua dos vaksin hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...
PPSPM SUSUN PELBAGAI ACARA MENJELANG WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 27 April - Pelbagai program menarik sedang disusun Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi bersama-sama memeriahkan...
‘RAYA TAK RILEKS’ DUYONG KENA SERBU
DUYONG 27 April - Suasana penghujung Syawal terus membara di Duyong apabila lebih 10,000 pengunjung membanjiri Jamuan Raya Tak Rileks...
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...