Lelaki warga emas temu ajal gantung diri

Masa Membaca:53 Saat

ALOR GAJAH 11 Ogos – Seorang lelaki warga emas ditemui mati tergantung pada pokok mangga berhampiran sebuah rumah di Kampung Melaka Pindah, dekat sini, malam tadi.

Difahamkan, mayat lelaki berkenaan yang juga bilal di kampung terbabit berusia 70 tahun ditemukan jirannya kira-kira jam 7 malam sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu mengesahkan menerima laporan berkenaan dan mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan bedah siasat daripada Unit Forensik, Hospital Alor Gajah,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak polis untuk membantu bagi menurunkan mangsa dari pokok berkenaan kira-kira jam 7.19 malam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa disahkan meninggal dunia sebelum anggota bomba yang lengkap memakai alat pelindung diri (PPE) menurunkan mayatnya.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menurunkan mangsa sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2043
Kongsi :
Previous post Warga Amerika Syarikat pilih Malaysia sebagai ‘rumah kedua’
Next post Melaka kekal catat kes harian COVID-19 tiga angka
Ubah saiz-+=