
Lelaki warga emas maut kereta terbabas
KOTA LAKSAMANA 19 Mac – Seorang lelaki warga emas maut maut selepas kereta dipandu terbabas merempuh lampu isyarat di persimpangan Kota Syahbandar, di sini semalam.
Dalam kemalangan pada jam 4.50 petang itu, Tho Chye Sin @ Too Ah Kau, 85 yang memandu kereta jenis Perodua Myvi maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata siasatan mendapati mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah rumahnya di Kota Laksamana menghala ke kedai makan di Kota Syahbandar.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke arah kiri jalan dan merempuh lampu isyarat.
“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan namun siasatan masih diteruskan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...