Sorting by

×

LELAKI WARGA EMAS DICEKUP BERDUA-DUAN DALAM BILIK HOTEL

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 1 Januari – Seorang lelaki warga emas yang juga peniaga dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas dipercayai berkhalwat dengan teman wanitanya di sebuah bilik hotel, di daerah ini, awal pagi ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pasangan itu antara 13 individu yang dicekup dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena sambutan Tahun Baru 2025.

Katanya, sebanyak 14 premis termasuk hotel bajet diperiksa bermula jam 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi di sekitar Bandaraya Melaka dan Alor Gajah.

“Sepanjang operasi itu seramai 13 individu termasuk tujuh lelaki berusia 21 hingga 60 tahun ditahan selepas disyaki bersekedudukan dengan pasangan bukan muhrim.

“Dalam operasi itu juga turut ditahan lelaki berusia 60 tahun sudah berkahwin dengan pasangannya iaitu wanita warga Thailand berusia 42 tahun.

“Mereka memberi alasan menginap di hotel terbabit kerana penat dan sudah lewat untuk pulang selepas melihat pertunjukkan bunga api,” katanya.

Menurut Rahmad, kesemua yang ditahan kemudian dibawa balik ke pejabat JAIM untuk diambil keterangan dan tindakan lanjut mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1992 kerana bersekediaman.

“Justeru itu orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kesalahan jenayah syariah kerana ia akan memberi kerosakan kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

437
Kongsi :
Previous post UTEM TERIMA ANUGERAH PEMBAYARAN ZAKAT TERTINGGI KATEGORI IPTA
Next post EMPAT BAYI TAHUN BAHARU DI MELAKA
Ubah saiz-+=