
Lelaki warga Bangladesh pasang Jalur Gemilang terbalik ditahan
SHAH ALAM, 27 November – Polis telah menahan seorang lelaki warga Bangladesh di Klang semalam selepas dipercayai memasang Jalur Gemilang secara terbalik di luar rumahnya.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata pihaknya menerima laporan mengenai perbuatan suspek berusia 30-an itu pada kira-kira 12.40 tengah hari.
Beliau berkata pengerusi komuniti penduduk telah cuba menasihati suspek namun dia bertindak melawan dan membuat provokasi selain enggan membetulkan kedudukan bendera itu.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menangkap suspek yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang plastik sekitar Klang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Vijaya Rao berkata suspek direman tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
“Pihak polis menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara… tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih ada yang dikesan melakukan perbuatan sebegini,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....