
Lelaki Thailand ditahan miliki 500 pil kuda
KOTA BHARU, 27 Mac – Polis menahan seorang lelaki warga Thailand disyaki memiliki 500 pil kuda dan dua botol plastik berisi serbuk heroin di Kampung Pachaka, Cherang Ruku, Pasir Puteh, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata lelaki berusia 31 tahun itu ditahan pada 7 malam di sebuah rumah tanpa nombor.
“Pemeriksaan terhadap lelaki itu menjumpai pil kuda seberat 50 gram (g) dan heroin seberat 9.17 g berkenaan yang dianggarkan bernilai RM6,100,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu yang positif terhadap dadah jenis Methamphetamine kini direman seminggu bagi siasatan di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...