
Lelaki tetak ibu tiri hingga putus leher direman tujuh hari
KOTA BHARU, 17 Feb – Lelaki yang disyaki menetak ibu tirinya sehingga terputus leher dalam kejadian di Kampung Batu Machang, Jerek, di Gua Musang, petang semalam, direman tujuh hari bermula hari ini hingga Rabu (23 Feb).
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata perintah reman terhadap suspek berusia 39 tahun itu dikeluarkan Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan Zaman Mohd Noor di Mahkamah Majistret Gua Musang, hari ini.
“Perintah reman terhadap suspek selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Semalam media melaporkan seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas lehernya ditetak hingga putus oleh anak tirinya di rumah mereka.
Suspek kemudian hadir ke Balai Polis Bertam pada 4.45 petang dan memaklumkan telah membunuh ibu tirinya menggunakan parang.
Siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah dan mengalami masalah mental.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENAHANAN PEMIMPIN KANAN PARTI POLITIK TIADA KAITAN DENGAN AB RAUF
AYER KEROH 16 April - Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang juga...
BEKAS ANGGOTA IMIGRESEN DITAHAN BANTU SIASATAN KES RASUAH LEBIH RM10 JUTA
KUANTAN 16 April - Seorang lagi bekas anggota Jabatan Imigresen ditahan semalam kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga...
POLIS TERIMA 13 LAPORAN BERKAITAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP
KUALA LUMPUR 16 April - Polis menerima 13 laporan berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang...
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...