
Lelaki samun warga asing ditahan
KUALA LUMPUR, 27 November – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menyamun wang tunai RM500 daripada dua warga asing di premis mencuci kenderaan di Taman Saujana Kajang yang tular di media sosial semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di Taman Kantai Permai, Kajang pada hari sama dan disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Beliau berkata lelaki terbabit juga tidak menyamar sebagai polis seperti yang ditularkan.
“Suspek mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan pihak polis turut merampas sebuah motosikal serta pakaian yang disyaki digunakan semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lelaki itu direman empat hari hingga Rabu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak tanpa menggunakan senjata.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....