
Lelaki rampas beg tangan wanita yang melanggar keretanya ditahan
SHAH ALAM 28 Nov- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merampas beg tangan dari sebuah kenderaan yang melanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam kenyataan memaklumkan suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang selepas hadir bagi membuat laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.33 petang apabila seorang wanita yang memandu kereta BMW dari arah Klang menghala Kuala Lumpur terlanggar belakang kenderaan milik lelaki berkenaan.
Kertas siasatan berhubung kes itu telah dibuka di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ketika ini tular di media sosial satu video berdurasi 1.30 saat yang memaparkan seorang lelaki dilihat mengambil beg tangan wanita itu dan meminta wanita berkenaan mengikutnya ke balai polis untuk membuat laporan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
