
Lelaki OKU maut kedai motosikal terbakar
SUNGAI PETANI, 28 Januari – Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Taman Sri Utama, Gurun dekat sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata mangsa yang berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas premis berkenaan.
“Bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada 4.40 pagi. Sebanyak 16 pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan BBP Yan digegaskan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata mangsa yang merupakan anak pemilik kedai motosikal terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan.
“Kedai satu tingkat itu musnah lebih 90 peratus dan api berjaya dikawal pada 5.17 pagi,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...