Sorting by

×

Lelaki Nepal maut dirempuh pacuan empat roda

Masa Membaca:54 Saat

PENGKALAN BATU 13 Jun – Seorang penunggang basikal warga Nepal maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika menyeberangi Lebuh Alor Gajah – Melaka – Jasin (AMJ) berhampiran Melaka Sentral di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata dalam kejadian pada jam 9.10 malam itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 35 tahun dalam perjalanan dari arah Melaka Sentral menghala ke Limbongan.

Katanya, pada masa sama, mangsa, Pahadi Narnath, 34 yang ketika itu datang dari arah kiri sebuah pasar raya sedang menyeberangi jalan, bagaimanapun dirempuh kenderaan pacuan empat roda terbabit.

“Akibat rempuhan itu, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka.

“Pol 61 (arahan bedah siasatan) dikeluarkan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

motojip
Kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kemalangan itu. Foto ihsan PDRM

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4799
Kongsi :
Previous post Sektor perikanan sumbang lebih RM48 juta
Next post Isu kalimah Allah: Anwar ingatkan jangan putar belit fakta, tipu rakyat
Ubah saiz-+=