
Lelaki meninggal dunia selepas enam hari kemalangan
REMBIA 24 Jun – Selepas enam hari bertarung nyawa, seorang pemuda disahkan meninggal dunia awal pagi ini akibat terbabit kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang bekerja sendiri, memandu pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.
Ketika kejadian ujarnya, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Bandaraya Melaka ke Melekek dekat sini sebelum terbabas lalu melanggar pokok di bahu jalan akibat hujan.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut akibat kecederaan.
“Bagaimanapun, pada jam 1.12 pagi tadi mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan oleh pegawai perubatan,” katanya.
Beliau berkata, kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) kemudiannya ditukar kepada Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
Views:
Related
Berita Lain
TUMBUK KEPALA PENUNGGANG MOTOSIKAL, LELAKI DITAHAN POLIS
AYER KEROH 17 Mac - Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memukul kepala seorang penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan...
KONGSI REZEKI, SANTUNI 1,000 PENDUDUK AYER LIMAU
AYER LIMAU 17 Mac - Atas semangat mahu berkongsi rezeki pihak Japerun Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau melaksanakan Program...
50,000 DIJANGKA ‘SERBU’ SAMBUTAN HARI RAYA MADANI MELAKA, 5 APRIL DEPAN
KLEBANG 17 Mac - Melaka dipilih menjadi tuan rumah Sambutan Hari Raya Madani 2025 yang dijadual pada 5 April depan,...
BAZAR RAMADAN DI MELAKA ANTARA YANG TERBAIK DI MALAYSIA
KLEBANG 17 Mac - Tiga bazar Ramadan di Negeri Melaka berjaya menempatkan diri sebagai antara bazar terbaik di Malaysia oleh...
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
LELAKI HILANG TIGA HARI DITEMUKAN MAUT DALAM LONGKANG
IPOH 16 Mac - Seorang lelaki berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lepas ditemukan maut di dalam...