
Lelaki melecur dalam insiden kebocoran gas oksigen di HKL
KUALA LUMPUR 13 Jun – Seorang pemandu lori melecur di sebelah tangan kiri dalam insiden kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata insiden berlaku pada kira-kira 6 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Jalan Tun Razak dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi pada 6.13 petang tadi, didapati berlaku kebocoran gas oksigen di luar bangunan blok kejuruteraan HKL dan kepulan asap putih memenuhi lokasi kejadian.
âPunca kejadian dipercayai daripada paip penyambungan daripada lori tangki berkapasiti 7,000 liter yang membawa bekalan gas oksigen telah bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki di HKL,â menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah berjaya menutup paip penyambungan itu dan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
âLelaki yang mengalami kecederaan melecur itu dihantar ke unit kecemasan HKL untuk mendapatkan rawatan,â katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.