Lelaki maut rempuh lori

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

Alor Gajah 27 Jan – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 220.9 arah selatan Lebuh Raya PLUS, di sini, jam 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian motosikal jenis Honda RS150 dan lori membawa muatan besi itu datang dari arah Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Ayer Keroh.

Beliau berkata, ketika tiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki 43 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori berkenaan yang dipandu di lorong pertama.

“Akibat pelanggaran mangsa tercampak ke lorong kedua, dia yang cedera pada bahagian badan disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu lori berusia 34 tahun dan kelindan 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

ARSHAD. Foto fail.

Katanya mangsa yang maut beralamat di Petaling Jaya, Selangor manakala pemandu dan kelindan lori berasal dari Negeri Sembilan.

“Tidak ada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kemalangan, berikutan itu kami minta saksi kejadian tampil bagi membantu melengkapakan siasatan kes,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1277
Kongsi :
Previous post Isu Zii Jia, Jin Wei dan BAM selesai, kepentingan negara diutamakan
Next post 10 kenderaan rosak dalam kejadian ribut di Shah Alam
Ubah saiz-+=