Lelaki maut, rakan cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BUTTERWORTH, 3 Julai – Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta Perodua Axia dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua lagi kenderaan dalam kejadian di Jalan Raja Uda, di sini tLelaki maut, rakan cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaanengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Radzi Ahmad berkata lelaki berusia 29 tahun yang merupakan penumpang hadapan maut ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan rakannya berumur 20-an yang duduk di kerusi belakang dalam keadaan kritikal dirawat di hospital sama.

Katanya, pemandu kereta Perodua Axia iaitu seorang lelaki berusia 20-an mengalami cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku pada 12.15 tengah malam itu.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Axia yang sedang membelok ke kanan jalan bertembung dengan kereta Honda City yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat perlanggaran itu, kereta Perodua Axia berpusing dan melanggar Perodua Alza yang sedang berhenti di tepi jalan di situ, kedua-dua lelaki yang memandu Honda City dan Perodua Axia mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Radzi berkata siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1023
Kongsi :
Previous post PM rasmi majlis penutup Jelajah AKM Perak
Next post Kerajaan siasat, ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran – Mustapa
Ubah saiz-+=