Sorting by

×

LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG

Masa Membaca:59 Saat

PAYA RUMPUT 28 April – Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berhampiran Cheng, di sini, jam 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Mohammad Shafik Raja Hussain, 30, disahkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mangsa didapati menunggang dari Paya Rumput menghala ke Cheng, manakala kereta dipandu lelaki berusia 50 tahun pula datang dari arah Krubong ke Sungai Udang.

“Ketika melepasi persimpangan lampu isyarat, sisi kanan kereta berkenaan dirempuh motosikal yang dipercayai melanggar lampu isyarat.

“Akibat kemalangan penunggang berkenaan parah di kepala dan badan, dia kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 8.50 malam,” katanya.

Christopher berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke jabatan perubatan forensik hospital sama untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kami juga sudah mengesan individu yang merakam video kemalangan itu menggunakan kamera dipasang pada papan pemuka kenderaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1124
Kongsi :
Previous post WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
Next post MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN