
Lelaki maut langgar babi hutan
TAMPIN, 20 Jan – Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di kilometer 7.3 berhampiran Kampung Rokan dekat sini pada 7.30 pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin DSP Amiruddien Sariman berkata semasa kejadian itu, mangsa yang berusia 20 tahun dan menunggang motosikal Yamaha Y15 dalam perjalanan ke tempat kerja di IOI Gemencheh.
“Mangsa yang bekerja sebagai operator dron itu telah melanggar seekor babi hutan yang menyeberang jalan, lalu lelaki itu tercampak ke atas jalan. Akibat kemalangan terbabit, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mayat mangsa dibawa ke bahagian Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI DITAHAN, BANTU SIASATAN KES PUKUL JIRAN WARGA EMAS
AYER KEROH 7 April - Polis menahan seorang lelaki selepas didakwa bertindak memukul seorang warga emas yang juga jirannya dalam...
MBMB ANTARA 20 BANDAR PALING BAHAGIA 2025
BANDA HILIR 7 April - Sebanyak 200 belon diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Jam Besar Banda Hilir sebagai simbolik...
PEMANDU LORI MAUT DIHEMPAP LORI TANAH 10 TAN DI ANTARA GAPI
KUALA LUMPUR 7 April - Seorang pemandu lori maut selepas dihempap lori 10 tan dalam kejadian di sebuah kawasan pembinaan...
346 KEMALANGAN DIREKODKAN SEPANJANG OP SELAMAT 24
AYER KEROH 7 April - Tiga kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam hari pelaksanaan Op Selamat 24 sempena Hari Raya...
REMAJA OKU HILANG DITEMUI DI SUNGAI PETANI
AYER KEROH 7 April - Remaja perempuan yang juga orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang di Taman Rambai Idaman, di...
FRANCISSCA PETER BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING
TABOH NANING 7 April - Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Francissca Peter, bakal memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri...