Lelaki maut, kereta dipandu langgar besi penghadang jalan
PUTRAJAYA, 28 Mei – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar besi penghadang jalan di KM 37.9 Persiaran Utama menghala ke Puchong di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun berkenaan memandu kereta Proton Gen-2 dari arah Cyberjaya menuju ke rumahnya di Puchong, apabila dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar besi penghadang jalan itu.
“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. (Mayat) mangsa yang tersepit itu dibawa keluar dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7 pagi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...