
Lelaki maut ditetak abang kemurungan
JELI, 29 Dis – Seorang lelaki maut dipercayai selepas ditetak oleh abangnya dengan sebilah pedang dalam kejadian di Kampung Sungai Rual Melayu, di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Jeli DSP Ahmad Arifin berkata kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 30 tahun sedang memasak di dapur rumah mereka kira-kira 1.20 pagi.
“Suspek seorang buruh berusia 30-an yang dipercayai mengalami kemurungan datang dari arah belakang dan terus menetak adiknya di belakang leher dengan menggunakan sebilah pedang.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ahmad berkata berdasarkan siasatan awal suspek seorang duda tinggal bersama mangsa dan seorang lagi adiknya di rumah milik keluarga mereka.
“Kita masih menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut dan kes ini akan disiasat di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan.
“Suspek akan direman bermula esok bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI SUSULAN TARIF BAHARU AS
SERI NEGERI 25 April - Melaka perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan cabaran ekonomi susulan tarif baharu Amerika Syarikat (AS)...
MELAKA DESTINASI PILIHAN PELABUR
SERI NEGERI 25 April - Kejayaan menarik pelaburan berkualiti, berimpak tinggi selari dengan kelestarian alam sekitar dan berupaya membuka banyak...
PASTIKAN SISTEM JALAN RAYA, ALIRAN TRAFIK DI MELAKA DALAM KEADAAN TERBAIK – TYT
SERI NEGERI 25 April - Sistem jalan raya dan aliran trafik di Melaka perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kata...
EKONOMI MELAKA BERKEMBANG PADA KADAR TIGA PERATUS
SERI NEGERI 25 April - Kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka direkodkan sebanyak RM46.9 bilion sepanjang 2023 menyumbang kepada...
TMM2024 POSISIKAN MELAKA DI PETA PELANCONGAN DUNIA
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bangga dengan kejayaan Tahun...
USAHAWAN MELAKA PERLU MANFAAT PLATFORM DIGITAL
SERI NEGERI 25 April - Usahawan di Negeri Melaka digalak untuk memanfaatkan platform digital selari dengan ledakan perkembangan teknologi terkini....