
Lelaki lemas ketika memancing
KLEBANG 9 April – Seorang lelaki dipercayai hilang ketika memancing ditemukan lemas di Sungai Lereh di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fazzil Yusof berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 10.08 malam tadi.
Katanya, setiba di lokasi kejadian, anggota bomba bertindak melakukan pencarian di kawasan persekitaran sungai namun tidak menemukan mangsa.
“Bagaimanapun sehingga jam 1 pagi, mangsa belum dapat ditemukan sebelum operasi pencarian membabitkan tujuh anggota bomba termasuk empat anggota pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Operasi pencarian dalam sungai ditangguhkan namun diteruskan menerusi kaedah pencarian di permukaan air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kira-kira satu jam kemudian, anggota bomba ternampak seperti tangan mangsa di dalam air.
“Mangsa berjaya ditemukan tidak jauh dari lokasi mangsa jatuh pada jam 2 pagi sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...