
Lelaki ‘jual’ durian kampung RM500 sebiji
MELAKA 18 Julai – Seorang lelaki menjadi ‘popular’ secara tiba-tiba selepas cuba menjual sebiji durian kampung dengan harga RM500.
Ia selepas video yang dimuat naiknya menjadi tular di media sosial hari ini.
Menerusi rakaman Video itu, lelaki terbabit mendakwa durian kampung itu begitu istimewa kerana tidak jatuh di tanah.
Namun di akhir video didedahkan durian berkenaan sebenarnya jatuh menghempap cermin belakang keretanya, membuatkan cermin itu pecah.

“Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan saya nak jual durian kampung RM500 sebiji. Durian depan rumah.
“Kenapa harganya RM500? Kerana ia jatuh tak kena tanah. Sebab apa RM500 sebab ini (sambil menunjukkan cermin belakang kereta pecah).
“Oleh kerana ia tak cium tanah, harganya sangat istimewa anda boleh dapatkan dengan harga RM500 sebiji. Durian kampung luar biasa,” kata lelaki terbabit dalam rakaman video berkenaan.
Video itu nyata mencuit hati dan perasaan netizen sehingga membuatkan ia mendapat tanda suka dan perkongsian yang tinggi sejak petang tadi.
Ada dalam kalangan netizen bersimpati dengan nasib lelaki berkenaan, namun tidak kurang juga ada yang berseloroh meminta lelaki berkenaan menebang pokok durian terbabit.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...