
LELAKI HILANG SEMASA MEMUKAT IKAN DITEMUKAN LEMAS
JITRA 3 Disember – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa memukat ikan, Ahad lepas, ditemukan lemas di sungai Kampung Paya Parit Lateh di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata mayat Ismail Hashim, 49, ditemukan pada 7.50 pagi.
“Mangsa dijumpai menerusi operasi pencarian yang diteruskan hari ini pada 7.46 pagi dengan membuat pencarian di permukaan di sekitar lokasi.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis manakala operasi tamat sepenuhnya pada 10.09 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahad lepas, Ismail dilaporkan hilang pada kira-kira 7.15 malam selepas dilihat tenggelam beberapa kali ketika sedang menyeberang sungai berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...