
Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di Kampar
IPOH 23 Julai – Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Padang Tembak di Kampar, 40 kilometer dari sini, tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Busir Ghazali berusia 50-an manakala isterinya Ngah Dimah Tamin berumur 60-an dibawa ke hospital berdekatan kerana mengalami sesak nafas.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.48 malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dengan bantuan BBP Tapah digegaskan ke tempat kejadian.

“Kebakaran itu membabitkan tiga rumah berkeluasan 20×30 kaki persegi yang mana rumah pertama didapati mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus, rumah kedua 80 peratus dan rumah ketiga pula sebanyak 40 peratus.
“Bomba menggunakan dua aliran hos sepanjang 91 meter menerusi tangki jentera bomba dengan mengambil tindakan operasi pemadaman secara ‘offensive’ dan ‘defensive’ sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 3.33 pagi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...