Lelaki ditemukan mati dalam longkang
BANDA HILIR 5 April – Seorang lelaki ditemukan mati dalam sebatang longkang di Jalan Jambatan Chan Koon Cheng di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, mangsa dikenali A Jacob, 54, beralamat di Pangsapuri Siantan, Bukit Baru di sini.
Menurut beliau, terdahulu polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 7.40 malam mengenai seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang berhampiran Sungai Melaka.
Afzanizar berkata, susulan itu sepasukan anggota polis daripada Balai Polis Melaka Tengah kemudian bergegas ke tempat kejadian sebelum mendapati lelaki terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan ambulans Hospital Melaka kemudian mengesahkan lelaki berusia 54 tahun itu telah meninggal dunia.
“Siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori ais dipercayai mabuk dan seorang saksi turut melihat si mati terjatuh ke dalam longkang sebelum kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Tambahnya kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA JADI CONTOH NEGERI PRAKTIK NILAI PATRIOTISME
BANDARAYA MELAKA 21 Januari - Melaka terus menjadi contoh negeri yang mempraktikkan usaha ke arah memperkukuh perpaduan melalui nilai patriotisme....
MASIH TUNGGU STATUS PEMBINAAN LOJI WTE
PAYA RUMPUT 21 Januari - Kerajaan Negeri masih menunggu status pembinaan loji Sisa ke Tenaga (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa...
32 INDIVIDU CEDERA DALAM KEJADIAN LETUPAN KILANG KIMIA DI KLANG
KLANG, 21 Jan - Polis mengesahkan sebanyak 32 individu tercedera dalam kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula...
DUA BAZAR AIDILFITRI, SEMBILAN PASAR RAMADAN DI ALOR GAJAH DAN MASJID TANAH
DUYONG 21 Januari - Sebanyak 11 lokasi bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan yang bakal dianjurkan di kawasan Alor Gajah dan...
ORANG JASIN KUMPUL LEBIH 3,000 KILOGRAM BARANG TERPAKAI
JASIN 21 Januari - Sebanyak 3,197 kilogram (kg) barang kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program 'Asal Barang Jadi Duit' sempena...
EMPAT CEDERA DALAM KEMALANGAN TIGA KERETA LANGGAR TAYAR LORI TERCABUT DI SITIAWAN
IPOH, 21 Jan - Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45...