
Lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan di Seri Kembangan
KUALA LUMPUR 10 Okt. – Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditemukan mati dipercayai dibunuh di bilik sewanya di Taman Serdang Utama, Seri Kembangan di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, mayat lelaki itu ditemukan terbaring dengan beberapa kesan tetakan pada kepala, rusuk kanan, belakang badan dan kedua-dua lengan.
Polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada 6.13 petang semalam yang memaklumkan seorang lelaki telah meninggal dunia di biliknya.
“Lelaki yang masih bujang itu merupakan pekerja kedai perabot dan menyewa di bilik berkenaan sejak lima tahun lepas.
“Dalam rumah berkenaan terdapat beberapa bilik lain yang dipisahkan dengan papan dan disewa kepada penyewa yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...