
Lelaki ditangkap cuba pecahkan mesin CDM guna ‘absorber’
BALIK PULAU: Seorang lelaki yang dipercayai berdepan tekanan hidup dilaporkan cuba bertindak memecahkan mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, tindakan suspek berusia 39 tahun tersebut bagaimanapun dikesan pihak pengurusan bank berkenaan lalu menghubungi pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, polis kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menumpaskan suspek terbabit.
Menurutnya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati suspek cuba memecahkan salah sebuah mesin ATM dengan menggunakan âabsorberâ kereta.

âSiasatan awal mendapati suspek dikatakan datang seorang diri dengan menaiki bas dari Georgetown. Siasatan juga mendapati motif suspek melakukan sedemikian adalah disebabkan tekanan hidup.
âDalam kejadian ini, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu gagal memecah mesin ATM,â katanya di sini hari ini.
Beliau memberitahu, pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian berlaku.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.