
Lelaki ditahan polis kerana halang penjawat awam iringi orang kenamaan
KUALA LUMPUR, 10 Mei – Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menghalang penjawat awam yang sedang mengiringi orang kenamaan dan memandu secara gopoh di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke susur masuk ke Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan lelaki berusia 36 tahun itu kerana disyaki terbabit dalam kes tersebut dan direman selama empat hari.
“Individu tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam,” katanya dalam kenyataan.
Noor Dellhan berkata pihaknya memberi amaran agar orang ramai tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggari undang-undang, dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...