
Lelaki ditahan menyamar Raja Muda Perak
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira 5.30 petang semalam dan direman mulai hari ini hingga 21 Ogos.
Beliau berkata suspek disyaki cuba menyamar sebagai Raja Muda Perak semasa berurusan di Pejabat Tuanku Sultan Kedah kira-kira 11.30 pagi, pada 28 Jun.
“Berdasarkan maklumat diterima polis, lelaki ini datang bersama dua wanita dengan memperkenalkan diri menggunakan satu kad berwarna kuning dan butiran tertera seperti berikut ‘DYMM Raja Muda Perak Tuanku Tun Mamat Fadhil Duke Of Royal Malaysia British Bin DYTM Sheikh Tengku Lope Salleh Of Royal Irish Fusiller Princess Victoria’,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata bagaimanapun hasil semakan dengan Bahagian Protokol dan Istiadat Negeri Perak telah mengesahkan bahawa tiada kerabat diraja negeri itu dengan nama, gelaran dan nombor kad pengenalan sedemikian.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala dua wanita itu sedang dikesan polis.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...