Sorting by

×

LELAKI DITAHAN, DISYAKI EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM50,000

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

PENGKALAN BATU 3 Mac – Polis Melaka melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang pemuda berusia 22 tahun pada 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, selain menahan suspek pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Banda Hilir turut merampas pelbagai jenis dadah.

Katanya, antara dirampas adalah dadah cecair ‘methylenedioxymethamphetamine’ (MDMA); serbuk MDMA; serbuk ketamin, pil ekstasi dan pil Erimin 5.

“Dadah dirampas bernilai RM54,600 membabitkan 62 botol minuman pelbagai jenis mengandungi dadah MDMA dengan isipadu 28,910 mililiter (ml) bernilai RM17,500; 105 peket serbuk minuman pelbagai jenama mengandungi MDMA dengan berat 4,173.93 gram bernilai RM31,500; serbuk ketamin seberat 21.81 gram bernilai RM4,000; pil Erimin 5 seberat 5.54 gram bernilai RM400 dan pil ekstasi seberat 10.92 gram bernilai RM1,200.

“Hasil risikan awal mendapati aktiviti pengedaran dadah adalah di pusat-pusat hiburan dan pasaran tempatan serta aktiviti ini telah dikesan sejak sebulan yang lalu.

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan untuk seramai 21,159 orang penagih dadah,” katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Christopher berkata pihaknya turut menyita harta milik saspek berupa sebuah motosikal jenama WMoto bernilai RM3,800 menjadikan keseluruhan nilai rampasan dan sitaan harta berjumlah RM58,400.

Tambahnya, hasil ujian saringan air kencing ke atas saspek didapati negatif dan saspek mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes gaduh.

“Saspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula 2 Mac hingga 8 Mac untuk siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup atau sebatan tidak kurang daripada 15 kali,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post PENOLONG PENGURUS BANK RUGI LEBIH RM28,000 AKIBAT PINJAMAN WANG TIDAK WUJUD
Next post LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN