
Lelaki disyaki keracunan selepas makan kerang-kerangan
ALOR GAJAH 11 Jun – Seorang lelaki dipercayai mengalami keracunan selepas memakan kerang-kerangan di daerah Alor Gajah, baru-baru ini.
Mangsa berusia 34 tahun dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak 8 Jun lalu dan masih menerima rawatan sehingga kini.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem ketika dihubungi pemberita mengesahkan mengenai berita berkenaan.
Bagaimanapun menurutnya, kes berkenaan masih dalam siasatan dan belum disahkan sebagai keracunan kerang-kerangan seperti yang berlaku di Port Dickson, April lalu.
“Sama ada keracunan berlaku akibat memakan kerang-kerangan atau tidak, perkara itu hanya akan disahkan Jabatan Perikanan Negeri Melaka menerusi sampel yang diambil.
“Pesakit kini telah sihat dan dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam pada itu, Hee Sem memaklumkan, buat masa ini hanya terdapat satu kes keracunan membabitkan makanan laut yang direkodkan di Negeri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...