
Lelaki disambung reman bantu siasatan dera isteri dan 9 anak
GEORGE TOWN, 7 Jan – Lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian dera membabitkan isteri dan sembilan anaknya dalam kejadian di daerah Timur Laut, di sini, baru-baru ini disambung reman sehingga 10 Jan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Ra’ais berkata lelaki berusia 41 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu tamat reman semalam namun polis memohon untuk menyambung reman bagi melengkapkan kertas siasatan.
“Lelaki itu ditahan pada 31 Dis lepas dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini tular di media sosial seorang wanita bersama sembilan anaknya diselamatkan oleh beberapa individu dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang selepas menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental oleh suami mangsa.
Berdasarkan gambar yang tular juga mendapati terdapat kesan kecederaan melibatkan beberapa anak pasangan itu malah wanita tersebut turut mendakwa dia juga didera fizikal dan mental sehingga bertindak meminta bantuan beberapa individu untuk melarikan diri daripada suspek kerana sudah tidak tahan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...
NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA
GEORGE TOWN 11 Mac - Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, di...
JUAL KOLEKSI BARANG ANTIK DEMI KELANGSUNGAN HIDUP
DUYONG 11 Mac - Meskipun berat, Mohamad Nasirudin Md Zen, 39, terpaksa akur dan sedia untuk menjual sebahagian koleksi barangan...
PERZIM SASAR 650,000 PELAWAT TAHUN INI
AYER KEROH 11 Mac - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menetapkan sasaran seramai 650,000 orang pelawat singgah ke muzium-muzium seliaannya sepanjang...