Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan penjawat awam dibelasah hingga mati
TANAH MERAH, 4 Sept – Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang penjawat awam, selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang berhadapan Hospital Machang, semalam.
Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 46 tahun itu, dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Tanah Merah bermula hari ini hingga 10 Sept.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Semalam, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata seorang penjawat awam maut, selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Puteh-Machang berhadapan Hospital Machang, melibatkan dua lelaki berusia 51, dan 46 tahun sekitar 11 pagi.
Beliau berkata akibat pergaduhan tersebut, mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan parah di kedua mata serta patah tulang rusuk sebelah kiri dan pendarahan serius di bahagian muka, manakala suspek hanya mengalami kecederaan di kedua belah tangan.
“Pergaduhan berlaku tanpa melibatkan sebarang senjata dan mangsa dibawa ke Hospital Machang oleh ambulans untuk rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MBMB PERUNTUK HAMPIR RM10 JUTA UNTUK ATASI BANJIR KILAT
AYER KEROH 27 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membelanjakan hampir RM10 juta bagi kerja-kerja menaik taraf perparitan untuk...
MPHTJ RANGKUL ANUGERAH GREEN APPLE ENVIRONMENT AWARD 2024
AYER KEROH 27 November - Inisiatif mewujudkan program Duta Hijau dalam meningkatkan kelestarian dan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam...
KES HILANG MYKAD LEBIH TIGA KALI DI MELAKA MENINGKAT
AYER KEROH 27 November - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka merekodkan sebanyak 370 kes kehilangan kad pengenalan MyKad tiga...
KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN DI MELAKA MENINGKAT
MACHAP JAYA 27 November - Prestasi kutipan zakat perniagaan di Melaka menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kenaikan kira-kira lapan peratus pada...
5,500 PESERTA PROMOSI TRADISI MELAKA MELALUI LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA 2024
KUALA LUMPUR, 27 Nov - Lebih 5,500 peserta dijangka memeriahkan Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 yang diadakan bersempena dengan...
MELAKA NEGERI PERTAMA PERKENAL MODUL TERAPI MEMANCING ‘FISH ON’
MERLIMAU 27 November - Pusat Kokurikulum Melaka mencipta sejarah apabila menjadi yang pertama di Malaysia memperkenalkan Modul Terapi Memancing 'Fish...