
LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DI LAMAN TIGA BUDAYA
ASAHAN 31 Mac – Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di air terjun dekat Laman Tiga Budaya, di sini, petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.54 petang.
Katanya, sejurusnya menerima panggilan sepasukan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangkak bersama balai bantuan iaitu BBP Jasin dan BBP Melaka Tengah bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian pasukan penyelamat menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan mangsa.
“Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama tiga rakannya berusia antara 24 hingga 27 tahun ke kawasan air terjun itu untuk mandi manda,” katanya.
Katanya, sehingga malam ini mangsa belum ditemui manakala seorang daripada tiga rakan lelaki itu yang terselamat mengalami kecederaan ringan.
“Mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada petugas kesihatan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...