Lelaki dikhuatiri lemas di Kuala Krau
KUANTAN, 23 Dis – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas didakwa hilang semasa mandi di sungai berhampiran jambatan keretapi Kuala Krau, Temerloh, petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi abatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata perkara itu dimaklumkan polis kepada pihak bomba selepas sepupu mangsa membuat laporan kehilangan mangsa pada pukul 6.15 petang.
Beliau berkata pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan sungai.
“Namun operasi terpaksa ditangguhkan pada 7.30 petang ekoran cuaca mulai gelap,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata terdapat satu kejadian tanah runtuh dilaporkan di laluan utama berhampiran Petron Genting Permai di Genting Highlands, namun tidak melibatkan mangsa.
Katanya laluan berkenaan telah dibuka kepada pengguna pada 10 malam tadi walaupun kerja pembersihan masih berjalan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PELAYARAN MINI AMAZON, SEA CRUISE ANTARA PRODUK BAHARU MELAKA TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal meluncurkan beberapa produk tarikan baharu dalam usaha...
5 TEMPAT PALING ‘BEST’ DI SUNGAI MELAKA
SUNGAI Melaka yang turut dikenali sebagai 'Venice of the East' merupakan antara destinasi yang sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan...
BANTUAN SEKOLAH ANAK ASNAF, MISKIN, MUALAF DINAIKKAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Bantuan persekolahan bagi anak asnaf fakir, miskin dan mualaf seluruh Melaka dinaikkan kepada RM350 berbanding...
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...