Lelaki cedera ditikam
ALOR GAJAH 1 Okt. – Seorang lelaki cedera dipercayai ditikam selepas dikatakan terbabit pergaduhan dengan dua lelaki dalam kejadian berhampiran Dataran Keris, di sini, petang kelmarin.
Kejadian dikatakan berlaku kira- kira jam 5.55 petang, apabila mangsa yang berusia 49 tahun dan dua suspek dikatakan berselisih faham sebelum dicederakan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superitendan Arshad Abu berkata, waktu kejadian dikatakan berlaku antara jam 5.55 hingga 6.15 petang sebelum pihaknya menerima maklumat dan bergegas ke lokasi kejadian.
“Mangsa yang cedera di lengan kiri dan bahagian belakang akibat dicederakan dengan sebelah pisau kemudian sempat melarikan diri ke sebuah tempat cuci kereta berhampiran sebelum dibantu orang awam dan dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.
“Suspek yang berjaya ditangkap orang awam kemudian diserahkan kepada pihak polis dan punca pergaduhan dipercayai disebabkan dadah,” katanya.
Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek berusia 24 dan 21 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau termasuk mangsa.
“Susulan itu polis kemudian merampas pisau, motokar dan baju selain kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.
Views:
Related
Berita Lain
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...
GURU, PELAJAR KURANG BERNASIB BAIK DISANTUNI KONVOI W.R.U.R
KUALA LINGGI 15 Januari - Seramai 30 warga pendidik dan pelajar kurang bernasib baik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
BAJET 2025 MELAKA CAKNA PENUNTUT IPT
KUALA LINGGI 14 Januari - Rata-rata mahasiswa di negeri ini menyifatkan Bajet 2025 Negeri Melaka yang dibentang Ketua Menteri Datuk...
W.R.U.R AKHIRI PENANTIAN DUA DEKAD SK KAMPONG TENGAH
KUALA LINGGI 14 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.UR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...