
Lelaki berkempen PRU15, halang tugas polis ditahan
KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Seorang pemimpin peringkat akar umbi sebuah parti politik ditahan kerana disyaki melakukan provokasi dan menghalang tugas anggota polis di Taman Koperasi Polis Fasa 2 di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 44 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung tindakannya memberikan ucapan awam menggunakan pembesar suara dan menghalang lalu lintas kira-kira 5.45 petang.
Beliau berkata polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati lelaki terbabit sedang memegang sebatang kayu yang diikat bersama bendera parti politik dan berkempen berhubung Pilihan Raya Umum ke-15.
“Kita menasihati individu tersebut untuk beredar tetapi dia enggan dan bertindak melakukan provokasi.
Individu itu dibebaskan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas serta Seksyen 283 Kanun Keseksaan kerana telah membuat halangan di jalan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENSYARAH UTEM BANTU TINGKAT EKONOMI WANITA JADI USAHAWAN F&B
DURIAN TUNGGAL 10 Mac - Sekumpulan pensyarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan projek khas meningkatkan tahap ekonomi...
KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN
AYER KEROH 10 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai...
LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL
ALOR SETAR 9 Mac - Mahkamah Majistret di sini hari ini mengarahkan seorang lelaki yang dituduh membunuh ibunya baru-baru ini,...
PERHILITAN N.SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN
SEREMBAN 9 Mac - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan...
DULU DIANGGAP ‘GILA’, KINI WANITA CONTOH
DUYONG 9 Mac - Siapa sangka atau menduga insan yang dahulunya fakir, dianggap 'gila' kerana sering ‘melepak’ di kaki lima...
DAK NOR KINI WANITA KEBANGGAAN NEGERI MELAKA
DUYONG 9 Mac - Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio, 41, atau lebih popular dengan panggilan Dak Nor kini boleh...