Lelaki Bangladesh didenda RM2,000 lari sekatan, pukul polis
AYER KEROH 28 Oktober – Tindakan seorang pekerja binaan warga Bangladesh melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan memukul anggota polis mengundang padah apabila didenda RM2,000 di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini.
Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Abser Nurul,34 mengaku bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan Abser dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang sedang menunggang motosikal melarikan diri daripada pemeriksaan polis kerana tidak mempunyai lesen.
Tertuduh kemudian bertindak agresif dengan cuba memukul anggota polis menggunakan topi keledar.
Perbuatan itu dilakukan di tempat letak kenderaan di hadapan sebuah pasar raya berhampiran terminal bas Melaka Sentral pada jam 10.30 malam, 10 Mei lalu.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari manakala tertuduh diwakili Peguam Umar Zulkarnain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAIM TAMBAH BAIK MUTU PERKHIDMATAN
AYER KEROH 20 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menambah baik proses permohonan bantuan apabila akan mempercepatkan kelulusan...
‘ANAK ASYIK TERSENYUM DAPAT BAJU SEKOLAH BAHARU’
REMBIA 20 Januari - "Sepanjang pagi ini anak asyik tersenyum apabila diberitahu dia akan memakai baju baharu apabila sesi persekolahan...
MPJ TERUS DEKATI KOMUNITI JASIN
JASIN 20 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalakkan gaya hidup sihat komuniti dalam kawasan pentadbirannya dengan menganjurkan Program Mesra...
92 ANAK-ANAK REMBIA TERIMA BANTUAN PERSEKOLAHAN
REMBIA 20 Januari - Riak wajah ceria jelas kelihatan di wajah 92 murid dari sembilan buah sekolah rendah kawasan Dewan...
HIASAN TAHUN BAHARU CINA GAMIT KUNJUNGAN ORANG RAMAI
AYER KEROH 19 Januari - Lebih 350 tanglung pelbagai bentuk dan warna menghiasi perkarangan Balai Raya Taman Bukit Melaka, di...
‘BERANI BERKHATAN SEBAB NAK JADI BOMBA’
ASAHAN 20 Januari - Bercita-cita menjadi anggota bomba membuatkan seorang kanak-kanak Muhammad Syahmi Ikmal Mohd Nazri,8, berani untuk berkhatan pada...