Sorting by

×

Lebih sejam kejar PATI cuba seludup masuk Kuala Linggi

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

KUALA LINGGI, 19 November – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Melaka dan Negeri Sembilan telah menggagalkan cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menyeludup masuk ke Malaysia, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, semasa rondaan rutin, pasukan operasi telah mengesan sebuah bot fiber mencurigakan sedang bergerak dalam gelap di perairan Melaka sekitar jam 11.30 malam.

Berikutan itu, katanya, pasukan operasi bertindak menuju ke arah bot untuk membuat serbuan dan pemeriksaan.

Bagaimanapun, sebaik menyedari kehadiran pasukan operasi, suspek telah bertindak memecut bot melarikan diri dan terus dikejar sehingga tempoh masa hampir satu jam 30 minit.

“Akhirnya kita berjaya menahan suspek di kedudukan lebih kurang 0.1 baru nautika barat daya Tanjung Dahan, Kuala Linggi.

“Pemeriksaan mendapati bot fiber tanpa nombor pendaftaran menggunakan enjin 200 kuasa kuda dikendalikan dua lelaki warga Indonesia berumur 35 dan
36 tahun tanpa dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mengesyaki suspek adalah PATI yang cuba menyelusup masuk ke dalam negara secara haram atau sedang menunggu hantaran untuk di seludup keluar.

Bot serta dua PATI yang ditahan itu kemudiannya telah dibawa ke Jeti Maritim Kuala Linggi untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Katanya, Maritim Malaysia memandang serius dan sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

“Orang ramai diminta menyalurkan jenayah dan kecemasan di laut di talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1228
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Khalil beri semangat kepada BN
Next post Saya sedia segala kemungkinan – Sulaiman
Ubah saiz-+=