
Lebih empat rumah rosak dibadai ribut
PULAU SEBANG 30 Okt – Kejadian ribut dan hujan lebat yang berlaku petang semalam menyebabkan lebih empat rumah di Taman Pulau Sebang, Gadek dan Kuala Ina dekat Alor Gajah mengalami kerosakkan.
Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu menyebabkan bumbung beberapa rumah di kawasan perumahan Taman Pulau Sebang diterbangkan angin.
Ia turut menyebabkan beberapa batang pokok tumbang sehingga menghalang laluan utama untuk keluar ke jalan utama di Taman Baiduri dan Taman Kuala Ina.
Menurut sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai lapan anggota
APM Alor Gajah tiba ditempat kejadian kira-kira pukul 5 petang bagi membantu memotong pokok yang tumbang dan membersihkan kawasan sekitar.
“Kebanyakan rumah penduduk mengalami kerosakan iaitu bumbung tercabut dan terbang sehingga jatuh ke atas jalan raya.
“Namun, mujur tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut,” menurut sumber itu ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian berkenaan.

Kata sumber itu, operasi pembersihan pokok tumbang di kawasan terlibat selesai beberapa jam selepas itu.
Operasi memotong dan membersihkan kawasan kejadian pokok tumbang berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada penduduk setempat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.