Sorting by

×

Lebih agresif kempen ‘ajak’ ibu bapa vaksin anak- EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

BANDARAYA MELAKA 10 Mac- Kerajaan negeri menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPNM) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan bergerak lebih agresif dalam kempen di sekolah-sekolah bagi meningkatkan peratusan vaksinasi kanak-kanak di bawah Pickids.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata ibu bapa turut disaran untuk memainkan peranan dalam memberikan kerjasama yang baik untuk anak-anak mereka menerima vaksin.

Katanya, meskipun Melaka negeri kedua tertinggi dalam peratusan PICKids seluruh negara, namun peratusan itu masih rendah dan belum mampu mencapai sehingga 80 peratus.

“Bermula 21 Mac ini akan buka sekolah, jadi ditegaskan di sini, saya minta ibu bapa untuk memberi consent kepada Jabatan Pendidikan dan Kesihatan negeri untuk memberi vaksin kepada anak-anak.

“Ini kerana peratusan PICKids di Melaka masih rendah,hal ini kerana untuk mobil vaksin, pihak Jabatan Kesihatan memerlukan jumlah yang ramai dan bersetuju untuk menerima vaksin namun yang terjadi sebaliknya.

“Oleh itu kita memerlukan kerjasama ibu bapa untuk membenarkan anak-anak divaksin, sekaligus meningkatkan kadar menerima vaksin di negeri ini.

“Antara usaha yang akan dilakukan, kita akan mmbuat kempen dengan lebih agresif bagi menarik ibu bapa untuk tidak takut dalam memvaksin anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Progra Walk A Mile anjuran Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) di Taman Rempah, di sini, lewat petang semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif MiCoST, Akmal Abdul Manap.

Dalam program ringkas itu, seramai 150 pelajar dan kakitangan MiCoST turut serta bagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengulas lanjut, Rais memberi jaminan tidak akan berlaku pengasingan pelajar yang sudah menerima vaksin dan tidak menerima vaksin di sekolah.

Ujarnya, hal itu kerana kerajaan masih belum mewajibkan untuk semua kanak-kanak menerima vaksin, walaubagaimanapun ujar Rais, itu tidak bermakna mereka tidak perlu divaksin.

“Tidak akan berlaku pengasingan kanak-kanak yang dah terima vaksin dan yang belum terima di sekolah, ini kerana vaksin buat golongan ini masih belum diwajibkan sepenuhnya.

“Tapi itu bukan bermakna anak-anak ini tidak perlu divaksin, kalau kita yang dewasa ambil vaksin untuk cegah COVID-19, kenapa takut untuk vaksin anak-anak?,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

698
Kongsi :
Previous post Lega sempadan dibuka, harap dapat sambutan pelancong luar – peniaga
Next post Perdana Menteri bertemu tokoh bahasa bincang usaha martabat Bahasa Melayu
Ubah saiz-+=