Lebih 70,000 pelajar sekolah divaksin Isnin ini tertakluk kelulusan KKM dan MOSTI

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 18 Sept – Seramai 75,661 murid dan pelajar sekolah berusia 12 hingga 17 tahun di Melaka dijangka menerima vaksin bermula Isnin ini.

Menurut sumber Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), kumpulan sasaran itu membabitkan pelajar di 315 buah sekolah iaitu 77 sekolah menengah dan 238 sekolah rendah.

“Pemberian vaksin terhadap kumpulan pelajar itu dijangka bermula Isnin atau Khamis ini selepas data murid dan pelajar dimasukkan ke dalam sistem pengkalan data yang dibangunkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Proses vaksinasi pelajar berusia 12 hingga 17 dirancang akan dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) awam sedia ada di negeri ini.

“Keputusan bagaimanapun hanya dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF),” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini sebentar tadi.

Semalam, media melaporkan program vaksnasi terhadap kumpulan remaja berkenaan akan bermula Isnin ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, langkah itu sebagai persediaan terutama bagi sekolah di kawasan luar bandar supaya 80 peratus kadar vaksinasi remaja dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan 2022.

Mengulas lanjut mengenai persediaan sesi pembukaan sekolah pada 3 Oktober ini beliau berkata, KKM bersama Kementerian Pendidikan (KPM) akan memastikan semua pihak yang terbabit dengan sekolah sudah menerima suntikan lengkap vaksin COVID-19.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1066
Kongsi :
Previous post Agong, Raja Permaisuri tiba di UK untuk lawatan khas
Next post Timbalan Speaker Dewan Rakyat akan dipilih pada sesi persidangan kali ini
Ubah saiz-+=