Sorting by

×

LEBIH 6,000 PREMIS MAKANAN DIPERIKSA SEPANJANG 2024

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 24 Januari – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) memeriksa sebanyak 6,047 premis makanan seluruh Melaka sepanjang tahun lalu.

Pengarah JKNM Dr. Ruzita Mustafa berkata, hasil pemeriksaan menerusi Operasi Bersepadu Undang-Undang Kesihatan Awam itu, pihaknya mengeluarkan 50 arahan penutupan sementara.

“Notis penutupan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dikeluarkan penguatkuasa selepas mendapati tahap kebersihan premis makanan terbabit tidak memuaskan. Mengikut pecahan premis yang ditutup adalah  42 restoran dan kedai makan selain masing-masing empat kantin serta pasaraya.

“Menerusi operasi sama juga, kami turut mengeluarkan sebanyak 2,013 notis kesalahan dan 1,372 kompaun membabitkan nilai tawaran berjumlah RM440,550,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Bersepadu Undang-Undang Kesihatan Awam: Tahun Baharu Cina di sebuah pasaraya di Malim, semalam.

Sementara itu Dr. Ruzita berkata, hasil operasi penguatkuasaan bagi tempoh 18 hari 2025 pihaknya mengeluarkan arahan penutupan sementara terhadap dua premis selepas didapati berada alam keadaan kotor.

“Setakat ini kami kami sudah memeriksa 89 premis di semua tiga daerah, sebanyak 26 notis kompaun berjumlah RM16,450 turut dikeluarkan. Kompuan bernilai RM5,025 telah dibayar oleh pengusaha premis yang terlibat,” katanya.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir diambil JKNM selepas melakukan pelbagai program termasuk advokasi dan ceramah membabitkan kesedaran kesihatan awam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

106
Kongsi :
Previous post TIKTOK CHALLENGE MELAKA DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN
Next post ‘SEGARKAN’ KARYA AGUNG DALAM DUA CABANG SENI