
Lebih 6,000 peserta bakal meriahkan perbarisan Hari Kebangsaan
AYER KEROH 21 Ogos – Sebanyak 135 kontinjen membabitkan 6,795 peserta dijangka akan menyertai perbarisan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos ini.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerusi kenyataannya berkata, kontinjen mengambil bahagian mewakili agensi dan jabatan kerajaan, swasta, badan berkanun, syarikat serta industri.
Selain itu perbarisan turut disertai wakil pelbagai pertubuhan, institusi awam dan swasta, pasukan badan beruniform, pancaragam sekolah menengah serta rendah.
“Perbarisan akan bermula dari Persiaran Jalan Merdeka dan berakhir di Stadium Hang Tuah. MBMB dilantik sebagai Jawatankuasa Kecil Penyertaan, Perbarisan dan Perarakan Kontinjen bagi sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka,” katanya.
Terdahulu, Sesi Taklimat Kontinjen Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB, baru-baru ini bagi memberi pendedahan selain makluman awal mengenai acara perbarisan serta perarakan sempena sambutan itu.
Taklimat turut menyentuh mengenai penyelarasan kontinjen perbarisan dan perarakan serta penutupan jalan.
Hadir sama, Setiausaha MBMB, Ahmad Azlan Ahmad Salleh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TREND BELI ‘ONLINE’ TIDAK JEJAS PENIAGA BAZAR KLEBANG
KLEBANG 19 Mac - Walaupun trend pembelian dalam talian yang kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia, namun ia tidak menjejaskan peniaga...
BOMBA SELAMAT DUA BERADIK TERKUNCI DALAM KERETA
MERLIMAU 19 Mac - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau berjaya menyelamatkan dua beradik yang terkunci di...
MPJ PRIHATIN, SANTUNI PESARA MENJELANG AIDILFITRI
JASIN 19 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menzahirkan keprihatinan terhadap bekas kakitangannya menerusi program MPJ Santuni Pesara menjelang musim...
PINTU MASUK AYER KEROH ‘BERCAHAYA’ SAMBUT KEPULANGAN ANAK RANTAU
AYER KEROH 19 Mac - Pintu masuk Ayer Keroh akan dihiasi dengan pelbagai lampu berwarna-warni bagi menyambut kepulangan anak rantau...
KEMBARA RAMADAN KAK SOM SANTUNI WANITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Wanita Hang Tuah Jaya telah menganjurkan Kembara Ramadan 2025...
OP BERSEPADU MBMB: 357 PREMIS DIPERIKSA, ENAM DISITA
PENGKALAN BATU 19 Mac - Sebanyak 357 premis diperiksa dalam operasi penguatkuasaan bersepadu dijalankan di Pasar Besar MBMB Bachang, 13...