LEBIH 600 PESERTA CABAR DIRI SERTAI MOUNT OPHIR TRAIL RUN 2024

Masa Membaca:1 Minit, 43 Saat

ASAHAN 22 September – Lebih 600 peserta menyahut cabaran dan menguji kemampuan diri dengan menyertai acara larian lasak Mount Ophir Trail Run 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana Asahan, di sini yang bermula 20 September hingga hari ini (22 September).

Penganjuran memasuki tahun kedua itu turut membabitkan seramai 102 peserta antarangangsa dari Norway, Indonesia, Perancis, Singapura, China, United Kingdom, Taiwan, Hong Kong dan Sepanyol.

Tinjauan Melaka Hari di tapak mula dan penamat larian denai tersebut mendapati setakat jam 1.20 tengah hari masih lagi terdapat beberapa peserta yang berhempas pulas menamatkan larian mereka.

Difahamkan kali ini pihak penganjur telah menambah satu lagi kategori yang lebih mencabar iaitu 84 kilometer (km) menjadikan lima kategori yang dipertandingkan secara keseluruhan.

Bagi persaingan kategori 84 km bermula seawal jam enam pagi semalam dan berakhir 10 pagi ini dengan masa yang dipertaruhkan kira-kira 26 jam.

Manakala bagi kategori 50 km bermula jam 8 pagi semalam dan berakhir jam 12 tengah hari tadi.

Untuk tiga kategori, 25 km; 12km dan 5 km pula bermula seawal jam 6 pagi tadi.

Sebagai rekod, setiap peserta membawa pulang medal, baju t dan sijil penyertaan.

Berikut merupakan senarai nama juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan bermula dengan kategori 84 km lelaki disandang oleh Yih Huan Sua; kategori 84 km wanita dimenangi oleh Koh Chiao Ning.

Bagi juara kategori 50 km lelaki adalah Gabi Maddalis; juara wanita adalah Izzah Hazirah.

Untuk kategori 25 km, kategori lelaki milik Yen Yu Chieh; veteran lelaki milik Turizan Sulaiman; juara wanita pula disandang pelari dari Frenc, Louise Zapata; veteran wanita milik Guanglian Cai.

Juara Kategori lelaki 12 km disandang oleh Levin Sim; juara kategori lelaki veteran dimenangi oleh Mohd Zani Mohd Razali; juara wanita 12 km menjadi milik Nurul Afirah Alias; dan veteran wanita milik Mei Eng Ng.

Dua juara larian 12 km kategori lelaki junior milik Za Lit Wong dan wanita juniir milik Jia Ying Wong.

Manakala kategori 5km kategori lelaki milik Mohd Farez; veteran lelaki (Shamsudin Adam Fahmy); wanita (Mazlina Zainal Abidin) dan veteran wanita (Zuraini Haron).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

45
Kongsi :
Previous post POLIS NAFI DAKWAAN PEGAWAI KANAN TERLIBAT KEGIATAN GISBH
Next post PENGANGGUR WANITA DIDENDA RM2,000 BUANG BAYI BELAKANG RUMAH
Ubah saiz-+=