Lebih 600 peserta berenang di Pantai Puteri

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PANTAI KUNDOR 7 Julai – Lebih 600 peserta dalam dan luar negara dijangka bakal menyertai Swimathon 2022 dijadualkan berlangsung di Pantai Puteri, 16 dan 17 Julai ini.

Program itu merupakan anjuran Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Redtma.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Tuminah Kadi berkata, penganjuran program itu disifatkan amat baik bukan sahaja dalam menarik peminat aktiviti sukan air, bahkan ia turut berupaya memacu sektor pelancongan di Melaka.

“Saya dimaklumkan selain peserta dalam negara, program ini juga bakal disertai peserta luar negara yang mana ia amat baik untuk sektor pelancongan.

“Pada masa sama, dengan penganjuran program ini juga, ia dapat meningkatkan ekonomi penduduk setempat di DUN Pantai Kundor itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Sempena Penganjuran Swimathon 2022 di Kompleks JAPERUN Pantai Kundor, 5 Julai lalu.

Menurut Tuminah, kejohanan Swimathon itu akan mempertandingkan pelbagai kategori mengikut had umur termasuklah membabitkan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Katanya, jarak renangan bagi setiap kategori adalah berbeza iaitu bermula 500 meter sehingga 10 kilometer (km).

“Saya berharap pelbagai agensi keselamatan termasuklah PDRM, bomba, Jabatan Laut dan lain-lain akan bersama kita sepanjang program itu berlangsung bagi memastikan aspek keselamatan peserta diutamakan,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1182
Kongsi :
Previous post Indahnya Pulau Konet
Next post Lepasan KKTM Masjid Tanah buruan majikan
Ubah saiz-+=