Sorting by

×

LEBIH 5,000 PENGUNJUNG SERIKAN RUMAH TERBUKA WARNA-WARNI AIDILFITRI DUN PENGKALAN BATU

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

PENGKALAN BATU 14 April – Lebih 5,000 pengunjung menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu di Kompleks Japerun Pengkalan Batu, di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata pihaknya menyediakan lebih 20 jenis hidangan untuk dinikmati tetamu yang hadir.

Katanya, meskipun hujan sepanjang majlis berlangsung namun ‘mood’ hari raya tetap menggamit tetamu terdiri daripada masyarakat serta pemimpin tempatan.

“Menariknya majlis pada tahun ini berkonsepkan taman dan warna-warni Aidilfitri, berbanding tahun lalu penganjurannya adalah dalam dewan.

“Alhamdulillah konsep ini mendapat pujian daripada tetamu kenamaan dan lebih istimewa lagi persembahan yang dibawakan untuk memeriahkan suasana juga berlainan daripada tema hari raya.

“Kita bawakan persembahan wushu, tarian dan nyanyian daripada pelajar sekolah serta penduduk setempat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka DUN Pengkalan Batu di Kompleks Japerun Pengkalan Batu.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Asmah Abd Rahman.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker DUN Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1627
Kongsi :
Previous post MELAKA DESTINASI SUKAN DAN WARISAN
Next post ATUR PERTEMUAN SELESAI KEMELUT PR1MA KLEBANG 2