Sorting by

×

LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA

Masa Membaca:58 Saat

REMBIA 20 April – Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun Rembia, di sini, malam tadi.

Penyelaras DUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata lebih 12 jenis juadah disajikan kepada tetamu yang hadir.

Katanya, meskipun majlis secara rasmi bermula jam 8 malam, namun ada dalam kalangan tetamu yang mula membanjiri perkarangan Japerun seawal 6.30 petang lagi.

“Memasuki tahun kedua, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rembia bertambah meriah dengan kehadiran penduduk sekitar dan kawasan berhampiran.

“Selain menjamu selera dengan juadah dihidangkan dan berjumpa sahabat handai, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan Nizam Laksamana serta artis tempatan lain, sekali gus menghidupkan lagi ‘mood’ Aidilfitri,” katanya.

Beliau yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Rembia di Kompleks Japerun Rembia.

Turut menjadi tumpuan tetamu adalah kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman.

Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri itu turut dihadiri barisan Exco, Timbalan Exco, ketua jabatan dan agensi Negeri Melaka serta Persekutuan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7666
Kongsi :
Previous post SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
Next post RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA